SEJARAH SEKOLAH

|



Sekolah Kebangsaan Batu 24, Pontian merupakan sekolah ke lapan puluh satu dalam senarai sekolah rendah daerah Pontian.Kedudukannya terletak kira-kira 3 km dari Pekan Nanas dan 18km dari Bandar Pontian.Sekolah ini dibina di atas sekeping tanah PTD8632 seluas 60 ekar.Sekolah Kebangsaan Batu 24 telah ditubuhkan bagi mengatasi masalah jumlah yang terlalu ramai murid yang terpaksa ditampung oleh SK Pekan Nanas,ditambah lagi dengan prasarana yang tidak mencukupi di sekolah tersebut.Menurut kata orang-orang Pekan Nanas,sekolah ini telah siap pembinaannya pada tahun 2002 yang berkonsepkan"Design and Built" tetapi beberapa masalah yang dihadapi telah menyebabkan sekolah ini terpaksa dibuka pada tahun 2004 dengan menumpang di PKG Pekan Nanas selama setahun.Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Januari 2004 dan plak penubuhannnya telah disampaikan oleh Pn.Salina Bt.Hussain,Penolong Pengarah Kurikulum JPNJ selaku wakil Pengarah Pelajaran Johor pada 8 Januari 2004.Dengan itu bermulalah operasi Sekolah Kebangsaan Batu 24,Pekan Nanas dengan rasminya.Guru Besar pertama SK Batu 24 ialah En.Zakaria b.Ahmad,beliau dibantu oleh 3 orang guru penolong kanan lantikan dalaman iaitu Pn.Hjh Siti Rohani bt.Ismail(GPK 1),Pn.Norhayati bt.Abd.Jalil(GPK HEM) dan Pn.Norleha bt.Abd.Rahim(GPK Koko).Sekolah Kebangsaan Batu 24 telah berpindah ke bangunan baru pada 1 Januari 2005 setelah mendapat kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Johor,iaitu setelah penyerahanbersyarat daripada kontraktor kepada Jabatan Pelajaran Johor. Berpindahnya sekolah ini ke bangunan baru telah menyebabkan pertambahan murid-murid dan guru. Maka dengan ini bermulalah operasi SK Batu 24 dengan segala kemudahan yang lengkap. bangunan sekolah yang baru ini merupakan sebuah bangunan yang serba lengkap,cantik serta canggih. Diharapkan dengan pembukaan sekolah ini bangunan baru akan memberikan satu dorongan dan motivasi kepada guru-guru dan murid-murid untuk membawa kejayaan yang lebih cemerlang,gemilang dan terbilang pada masa akan datang.

 

©2009 sejarahsekolah | Template Blue by TNB